Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik. Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes
16 hours ago
16 hours ago
Johor akan jadi negeri termaju dalam tempoh dua tahun - PM
BERITA SEMASA 18 APRIL 2024
Pelaksanaan dua zon ekonomi khas akan melonjakkan ekonomi Johor menjadi negeri termaju dan mencatat pertumbuhan pesat dalam tempoh dua tahun akan datang, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dua zon khas tersebut ialah Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Zon Khas Kewangan Forest City.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/660217/berita/nasional/johor-akan-jadi-negeri-termaju-dalam-tempoh-dua-tahun---pm
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #AnwarIbrahim #Johor
16 hours ago
16 hours ago
Masalah perparitan tersumbat antara faktor banjir kilat di Meru
BERITA SEMASA 18 APRIL 2024
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mariam Abdul Rashid memaklumkan masalah perparitan tersumbat menjadi antara faktor menyebabkan banjir kilat berlaku di Meru, Klang, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury.
Jelasnya, perkara tersebut perlu diselesaikan sebagai satu penyelesaian jangka pendek dan katanya, selenggara parit atau longkang tidak boleh mengikut jadual waktu musim monsun.
Tambah beliau, penyelenggaraan longkang perlu dilakukan lebih kerap oleh semua pihak terlibat dan Majlis Bandaraya Diraja Klang juga perlu bersikap proaktif dan agresif dalam hal tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/660146/edisi/selangor-kl/banjir-kilat-terus-jadi-igauan-ngeri-penduduk-meru
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #BanjirKilat
20 hours ago
20 hours ago
BERITA SEMASA 18 APRIL 2024
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, adalah tulus dan sejati.
Perkara itu diungkapkan Ketua Umno Bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, yang juga Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Ahmad Zahid, sewaktu menyaksikan Presiden UMNO itu menandatangani afidavit sokongan beliau pada 9 April lepas.
Dalam catatan di laman media sosialnya, Datuk Megat Zulkarnain berkata, tandatangan itu diturunkan tidak sampai 24 jam Datuk Seri Ahmad Zahid pulang daripada menunaikan umrah.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Zahid #Najib #PengampunanNajib
20 hours ago
20 hours ago
BERITA SEMASA 18 APRIL 2024
Kerajaan akan meneruskan tindakan untuk memotong subsidi bahan api pada tahun ini bagi mengurangkan defisit fiskal negara.
Memetik laporan Bloomberg, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan, langkah itu perlu dibuat bagi menguruskan kesan berantai daripada pemotongan subsidi berkenaan dengan mengambil kira kemungkinan berlaku peningkatan inflasi sebelum pelaksanaannya.
Jelasnya, kerajaan akan melaksanakan pengurangan subsidi secara berperingkat dengan risiko inflasi meningkat sebelum rancangan itu dilaksanakan, susulan jangkaan rasionalisasi bahan api tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/660150/berita/nasional/pemotongan-subsidi-bahan-api-diteruskan-tahun-ini---rafizi
Muzik: www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #pemotongansubsidibahanapi #subsidibahanapi
21 hours ago
21 hours ago
Pas akan teliti draf MoU peruntukan ahli Parlimen pembangkang
BERITA SEMASA 18 APRIL 2024
Pas menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan yang pada dasarnya sudah bersetuju mempertimbangkan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun berkata, pihaknya akan meneliti Memorandum Persefahaman (MoU) yang dikatakan akan diberikan kepada ahli Parlimen terbabit.
Datuk Tuan Ibrahim juga berharap keputusan berkenaan akan mengembalikan fungsi semak dan imbang pembangkang yang lebih efektif untuk membangunkan negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/660139/berita/politik/pas-akan-teliti-draf-mou-peruntukan-ahli-parlimen-pembangkang
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #PeruntukanPembangkang
2 days ago
2 days ago
BERITA SEMASA 18 APRIL 2024
Sultan boleh dipanggil untuk memberi keterangan dalam kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar Titah Adendum tetapi secara protokolnya keterangan itu hanya diberikan oleh wakil baginda yang sah di mahkamah.
Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, dalam perbicaraan berkait titah pengampunan yang didakwa diperkenan oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika bergelar Yang di-Pertuan Agong ke-16, wakil baginda boleh memberi keterangan bagi kes yang melibatkan urusan rasmi baginda.
Jelasnya, keterangan di mahkamah dilakukan wakil sah baginda kerana Agong, sultan atau raja merupakan ketua negara yang tidak boleh dibawa ke mahkamah seperti orang biasa kerana mencemarkan kedudukan mereka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/660073/berita/nasional/sultan-melalui-wakil-baginda-boleh-beri-keterangan-di-mahkamah
Muzik: www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #perbicaraannajib #titahadendum
2 days ago
2 days ago
BERITA SEMASA 18 APRIL 2024
Seorang pesara kerajaan berjaya menuai hasil pertama tanaman padi huma atau padi darat yang diusahakan di tepi rumahnya sejak 24 November tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Alias Salleh, 70, menanam 35 rumpun padi daripada dua varieti iaitu jenis tangkai langsat dan jarum galah di kawasan rumahnya di Kampung Tebakang, Bukit Payong di Marang, Terengganu.
Bapa kepada empat anak itu berkata, dia memperoleh kira-kira 2 kilogram (kg) hasil padi yang dituai pada 1 April lalu dan berhasrat untuk meluaskan lagi tanaman tersebut agardapat menampung keperluan makanan seisi keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/660036/edisi/terengganu/pesara-kerajaan-tuai-2kg-padi-huma-ditanam-tepi-rumah
Muzik: www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #tanampadihumatepirumah #Terengganu
2 days ago
2 days ago
BERITA SEMASA 17 APRIL 2024
Perikatan Nasional (PN) akan meletakkan calon boleh menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei depan.
Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sesiapa yang boleh melonjakkan sokongan dan membawa kemenangan parti akan mewakili PN dalam PRK.
Menurutnya, ada beberapa nama telah disenarai pendek yang calon akhir akan diumumkan dalam masa terdekat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/659953/berita/politik/prk-kuala-kubu-baharu-pn-letak-calon-boleh-menang
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRK #KualaKubuBaharu
2 days ago
2 days ago
BERITA SEMASA 17 APRIL 2024
Jemaah Menteri hari ini, memutuskan untuk tidak meneruskan projek pembinaan lebuh raya Petaling Jaya Traffic Dispersal Elevated Highway (PJD Link).
Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, berkata keputusan itu dibuat selepas pemegang konsesinya, gagal memenuhi syarat yang ditetapkan.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #pjdlink #projekpjdlinkbatal
2 days ago
2 days ago
'Ini bukan wang PH', Azmin persoal kerajaan ambil masa panjang
BERITA SEMASA 17 APRIL 2024
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempersoalkan tindakan Kerajaan Perpaduan yang mengambil masa terlalu panjang untuk menyalurkan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.
Datuk Seri Mohamed Azmin berkata, semasa menjadi Menteri Besar Selangor, beliau telah memperkenalkan dasar memberikan peruntukan kepada pembangkang.
Katanya, ia bukan wang Pakatan Harapan (PH), namun itu adalah wang pembayar cukai dikutip oleh kerajaan yang harus diuruskan dengan bertanggungjawab melalui ahli-ahli Parlimen dipilih rakyat.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang akan bermesyuarat petang ini bagi membincangkan isu pengagihan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/659969/berita/politik/ini-bukan-wang-ph-azmin-persoal-kerajaan-ambil-masa-panjang
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Peruntukan #Pembangkang
Your Title
This is the description area. You can write an introduction or add anything you want to tell your audience. This can help potential listeners better understand and become interested in your podcast. Think about what will motivate them to hit the play button. What is your podcast about? What makes it unique? This is your chance to introduce your podcast and grab their attention.