Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik. Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes
32 minutes ago
[WACANA SINAR] Apa khabar, Kuala Kubu Baharu?
32 minutes ago
32 minutes ago
Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon-calon dari Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Bebas.
Walaupun bergelar penyandang kerusi tersebut sejak beberapa pilihan raya lalu, DAP yang mewakili PH dan Kerajaan Perpaduan dilihat berdepan saingan sengit bagi mengekalkan penguasaan mereka di sana.
Siapakah bakal muncul pemenang 11 Mei nanti? Adakah pengundi Kuala Kubu Baharu akan setia dengan DAP atau PN ada peluang seimbang merampas kerusi tersebut?
6 hours ago
6 hours ago
BERITA SEMASA 30 APRIL 2024
Pemuda Perikatan Nasional (PN) memberi tumpuan kepada lima kawasan di daerah ini sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Pengarah Jentera Pilihan Raya Pemuda PN, Muhammad Hilman Idham menjelaskan, kawasan tersebut melibatkan Batang Kali, Ampang Pechah, Jalan Kuala Kali, Bandar Kuala Mubu Baharu dan Kampung Sungai Jernih.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662151/berita/politik/prk-kkb-pemuda-pn-fokus-5-kawasan-raih-undi-anak-muda
#BeritaSemasa #SinarHarian #PRK #KualaKubuBaharu
6 hours ago
6 hours ago
BERITA SEMASA 30 APRIL 2024
Tindakan mencantumkan logo UMNO dan DAP disifatkan sebagai manifestasi akar umbi yang menolak kerjasama antara kedua-dua parti berkenaan.
Pengarah Jentera Pilihan Raya Pemuda Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Muhammad Hilman Idham menegaskan, keadaan itu merupakan perkara biasa dalam mana-mana pilihan raya bagi menunjukkan ketidakpuasan hati rakyat.
Walau bagaimanapun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu tetap menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat perkara tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662121/berita/politik/cantum-logo-umno-dap-itu-manifestasi-akar-umbi-umno-dakwa-pemuda-pn
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #PN #UMNO #DAP
7 hours ago
7 hours ago
BERITA SEMASA 30 APRIL 2024
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) melalui Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) negeri merampas 116 ubat tidak berdaftar dan 49 kosmetik tidak bernotifikasi yang dijual secara dalam talian, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.
Pengarah JKNP, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman berkata, kesemua barangan itu dijumpai selepas pemeriksaan dilakukan ke atas tiga premis kediaman dan satu kenderaan di sekitar daerah ini.
Menurutnya, empat peranti digital yang digunakan bagi tujuan jualan secara dalam talian turut dijumpai susulan aduan daripada orang awam berhubung aktiviti penjualan ubatan yang disyaki tidak berdaftar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662114/berita/semasa/ubat-kosmetik-tidak-berdaftar-dijual-dalam-talian-di-rampas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #JKNP #CPF #Ubatberacun #Ubatkosmetik
7 hours ago
7 hours ago
Bomba cipta jentera mini atasi kes kebakaran hutan
BERITA SEMASA 30 APRIL 2024
Masalah kebakaran hutan yang sering berlaku ketika ini mendorong Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut mencipta jentera mini menggunakan barangan terpakai bagi memudahkan proses pemadaman, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Ketuanya, Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata, hasil inovasi dinamakan sebagai 'mini water trailer' itu menggunakan tangki air berkapasiti 1,000 liter dengan gabungan mesin pam berkapasiti tinggi bersama pam tekanan tinggi bagi menghasilkan pancutan air mengikut kesesuaian keadaan.
Menurutnya, rancangan untuk mencipta alatan itu telah dilakukan sejak awal memandangkan saban tahun anggota keselamatan itu berdepan bencana kebakaran hutan yang kerap berlaku terutama ketika musim panas.
https://www.sinarharian.com.my/article/661459/edisi/terengganu/bomba-cipta-jentera-mini-atasi-kes-kebakaran-hutan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #JBPM #BBPBesut #JenteraMini
7 hours ago
7 hours ago
BERITA SEMASA 30 APRIL 2024
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berharap Peguam Negara kekal dan tidak berganjak daripada keputusan untuk meneruskan pendakwaan terhadap KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah ALLAH.
Dr Muhamad Akmal dalam satu kenyataan berkata, ia bagi memelihara sensitiviti masyarakat umum, khasnya masyarakat Islam yang telah terkesan akibat insiden dan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Artikel: https://sinarharian.com.my/article/662125/berita/nasional/pemuda-umno-mahu-pendakwaan-kes-stoking-kalimah-allah-dikekalkan…
Muzik: Elevate dari http://bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #pemudaUMNO #stokingkalimahALLAH #kkmart
8 hours ago
8 hours ago
Pegawai, anggota 'parasit' dalam PDRM timbulkan masalah
BERITA SEMASA 30 APRIL 2024
Pegawai atau anggota 'parasit' dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyebabkan keseluruhan badan beruniform itu dipandang serong tanpa merujuk kepada satu individu sahaja yang melakukan kesalahan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, walaupun parasit tidak banyak dalam sesebuah organisasi namun ia tetap akan menimbulkan masalah.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #PDRM
8 hours ago
8 hours ago
Tidak perlu kasih sayang, Ramasamy tempelak sindiran Fahmi
BERITA SEMASA 30 APRIL 2024
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy menempelak sindiran Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil untuk sertai Perikatan Nasional (PN) kerana kekurangan kasih sayang.
Beliau yang juga Pengerusi Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai) berkata, buat masa ini beliau tidak memerlukan kasih sayang sebaliknya hanya mahukan kerajaan yang adil kepada kaum India.
Media sebelum ini melaporkan, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil membidas cadangan Presiden Urimai untuk memboikot calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao.
Artikel:
https://www.sinarharian.com.my/article/662110/berita/politik/tidak-perlu-kasih-sayang-ramasamy-tempelak-sindiran-fahmi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #PRK #KualaKubuBaharu
8 hours ago
8 hours ago
Polis tunggu laporan forensik telefon bimbit anak KPD maut tertembak
BERITA SEMASA 30 APRIL 2024
Polis sedang menunggu laporan forensik membabitkan telefon bimbit anak Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu yang maut akibat tertembak di sebuah kediaman di Lahad Datu, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan masih diteruskan termasuk mendapatkan maklumat kandungan dalam telefon bimbit mangsa.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #PDRM
9 hours ago
9 hours ago
BERITA SEMASA 30 APRIL 2024
Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin tidak menyangka kehadiran Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Che'gu Bard berkata, kehadiran bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor itu memberi sokongan moral kepada dirinya yang berdepan pertuduhan menerbitkan kenyataan menghasut berhubung projek kasino di Forest City menerusi media sosial Jumaat lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662127/berita/semasa/kehadiran-hassan-karim-di-mahkamah-sesyen-tidak-dijangka---chegu-bard
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #HinaAGong #Chegubard #BadrulHisham
Your Title
This is the description area. You can write an introduction or add anything you want to tell your audience. This can help potential listeners better understand and become interested in your podcast. Think about what will motivate them to hit the play button. What is your podcast about? What makes it unique? This is your chance to introduce your podcast and grab their attention.